Sunday, 31 March 2013

Kawen

[Dulu]
Orang : Bila nak kawen?..
Saya : Relax dulu.. Tunggu umur saya 30 tahun :)

[Sekarang]
Orang : Umur awak dah 30 tahun dah.. Jadi bila nak kawen?..
Saya : Erm.... (Senyum)

Alamak.. Perlu cari idea lain dah ni nak jawab soalan cepu emas ni.. Huhu

Thursday, 28 March 2013

Cuti Saya

Cuti yang sangat memenatkan tetapi menyeronokkan :)
Selasa pergi Sarikei. Pergi jumpa sepupu, Abang Azman dan keluarganya.. Rabu dan selasa bermalam di rumah panjang mak di Mupoh, Nanga Spak, Ulu Layar, Betong. Banyak ahli keluarga bergumpul..
Esok ada Festa Astro di Saratok Betong.. Best juga mengabiskan masa bersama keluarga.. Pekara yang paling utama di dunia ini adalah KELUARGA :)

Sunday, 24 March 2013

Champing

Perkhemahan yang memenatkan tapi menyeronokkan :) Dari dulu hingga kini saya tetap meminati aktiviti perkhemahan. Masa untuk melepaskan tekanan, masa merehatkan minda dan yang paling utama masa untuk menimba ilmu kehidupan.

Perkhemahan unit beruniform kokurikulum.
22/03/2013-23/03/2013

Wednesday, 20 March 2013

Minggu ke-5

Sedar tak sedar tinggal 8minggu lagi  sini.. 8minggu lagi Latihan Mengajar.. Tak terasa dah menghabiskan 5minggu dah di SMK MATANG JAYA.. Seronok, penat, sibuk dan menarik pengalaman di sini.. Syukur semasa di nilai lecturer dan guru pembimbing markah yang saya dapat agak memuaskan.. Alhamdulillah.. Gambate....

Thursday, 14 March 2013

MODE MUNASABAH DIRI FULLY ON

^_*

[MODE MUNASABAH DIRI FULLY ON]

Berhenti menilai orang lain..
Berhenti berkata tentang orang lain..
Kita takkan tahu keadaan sebenar yang dialami orang lain..
Jangan merasa diri tahu semua dan baik dalam semua perkata..
Kadang2 orang yang kita pandang rendah itu lagi mahir dan tahu dari kita..
Sebelum buka mulut, ingat tuhan..
Lebih baik berdiam dari menyakitkan perasaan orang lain..

(",) S.E.N.Y.U.M....

Monday, 4 March 2013

Kecintaan ku terhadap bidang perguruan..

Cinta seorang guru yang tak ternilai terhadap pelajarnya. Dikala seperti membenci tapi kala itu jualah sayangnya tak tumpah kerna niat untuk mendidik. Bukan setakat ilmu pelajaran akan tetapi ilmu kehidupan jua yang paling utama. Pernah terdetik di hati ini, pernah kah diri ini dihargai, tapi bila di fikiri lagi niat dan kecintaan ku terhadap bidang perguruan, takkan pernah aku mengundur diri, takkan pernah patah semangatku.. Alhamdulillah detik permulaan 2007 menjadi seorang guru, sampai kesaat ini tak pernah aku sesali keputusan menjadi seorang guru.. Syukur....

Friday, 1 March 2013

Rutin harianku yang sangat sibuk..

Sejak kebelakangan ini rutin harianku bertambah sibuk.. Sehingga ada yang tegur saya nampak penat dan lesu.. Tapi bagiku semua itu tak penting.. Yang paling penting saya mengahadapi praktikum saya sehingga tamat dan mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah..