Saturday, 22 June 2013

Positif

Kalau semua benda difikir negatif, negatiflah jadinya. Cuba berfikir secara positif, kompom hidup jadi lebih ceria dan sempurna. Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. Syukur.

Friday, 21 June 2013

Metro Politeknik

Semenjak sik belajar gik, rasa sangat bosan di rumah. Jadi macam besa aku apply jadi Tutor Sambilan di Metro Politeknik. Sik tauk lah dapat kah sik kelak. Cuba ja apply marik, dah ku anta surat pemohonan, resume n sijil2 yang berkaitan. Semoga dapat. Amin.
Minggu depan ari isnin aku plan nak minta guru ganti di sekolah menengah gik. Kelak cita gik hal ya..
Wasalam

Aktiviti Harianku..

Tiap hari aktiviti harianku di betong tetap sama. Bangun pagi mandi cuci pakaian jemur pakaian. Pas tu tengok tv dan rehat. Tengah hari memasak pas tu tidur tunggu petang. Petang jam6 men badmunton hingga jam8. Balik rumah makan berbuka puasa. Mandi rehat pas tu tidur. Isnin hingga khamis berpuasa. Jumaat balik saratok. Ahad baru balik betong balik. Aktiviti sama je tiap hari. Nasib ada aktiviti main badminton. Kalaw tak kompom lagi membosankan. Adui....

Sunday, 9 June 2013

Rindukan mereka...

bila tgk pic perpisahan tu terasa rindu pula kat murid2ku.. apa khabar kah mereka di sana?.. adakah mereka juga merindui saya atau x?... kadang-kadang terasa menyesal juga kerana terlalu tegas dan garang kat mereka, tetapi demi mendisiplinkan mereka, terpaksa juga. walaupun saya tahu ada yang membenci diriku, tapi tak kisahlah. asalkan mereka menjadi manusia yang berguna dan menjadi orang yang berbudi bahasa. insyaallah.... ku doakan yang terbaik untuk mereka...... amin

Hidupku tanpa Internet / Guru Ganti

Aduh. Susah betul takde line internet. Hari tu pening kerana nak buat resume. Sekarang pening nak isi kerja kosong online pula. Adui. MAin facebook tak payah cerita, memang azab lah, memang tak online kecuali hujung minggu. Ini lah perasaan orang-orang yang takde internet selama ni. Huhu

Pagi tadi awal-awal aku dah apply guru ganti di PPG Betong, di smk st augustine, smk kedit, dan smk teknik. Politeknik Metro diam je hari ini. Mungkin takde rezeki kot nak jadi Tutor sambilan kat situ. Takpe. Aku tetap cuba nak cari kerja di sekolah. Kalau masih takde juga nanti aku nak apply di tempat lain kot huhuhuh

Berdoa yang terbaik.

Friday, 7 June 2013

Kahwin

Seronok tengok ramai kenalan menamatkan zaman bujang. Seronok tengok gambar kahwin yang cantik-cantik tu. Tahniah semua. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa, semoga dapat anak-anak yang comil secepat mungkin, dan semoga bahagia dan gembira selalu. Amin :)