Semalam pertama kali aku berhadapan dengan pelajar yang biadap dan melawan cakap aku. Kisahnya begini..
Ketika aku nak masuk kelas dia sempat lagi bergayut depan pintu. Aku marahkn dia, aku suruh dia bergayut lagi utk pengajaran. Tapi di melawan dan menjawab dengan biadap. Aku pun mengajak dia berjumpa dengan pkhem. Tapi dia tak nak. Bila aku ingin menarik anannya utk pergi ke pkhem, dia melawan. Saat itu berlakunya perbalahan bersahut-sahutan antara kami berdua. Akhirnya dia memecahkan 2cermin tingkap dan mengugut utk menumbuk aku. Saat itu smua pelajar dlm kelas tu bangun dan menahan dia utk tidak melakukan tindakkan yg seterusnya. Dan ketika itu ada ada pelajar telah memanggil guru disciplin. Akhirnya dia dibawa ke bilik disciplin, aku pun dah membuat laporan terhadap pelajar tersebut di bilik disciplin.
Kenapa semua ni terjadi? Memang kesalahan pelajar tersebut bergayut, biadap, memecahkn cermin dan nengugut utk menumbuk aku, tapi aku akui, aku juga ada silap, aku sepatutnya hentikan perbalahan tersebut dan serah kes tersebut awal2 lagi kt guru disciplin. Tapi ku saat tersebut masih kuat hati utk pertahankn ego dan reputasi aku dalam kelas tersebut. Aku tak nak nanti lebih banyak lagi pelajar akan berani biadap terhadap aku. Aku takkan hilang kawalan terhadap kelas itu dan kelas yg lain nanti..
Semalaman aku terfikir tentang kes ni. Apa yg telah ku pelajari, apa yg akn tjadi pd kelas ku nnti. Hm. Inilah yg salu akn terjadi klw mengajar kelas yg paling hujung, di sekolah yg terkenal dgn masalah disiplin yg tinggi dan pelajar yg teramai di malaysia.
Ya allah ya tuhanku, kau kuatkanlah semangatku utk jadi seorang cikgu yg baik. Dari dulu lagi niat aku memang ingin jadi seorang cikgu yang bukan sahaja mengajar ilmu pendidikan akademik, tetapi ilmu pendidikan moral, rohani dan kehidupan kepada mereka. Amin....
Tentang pendapat aku.. Tentang kehidupan aku.. Tentang aktiviti aku.. Akhir sekali sudah semestinya tentang pelajar-pelajar aku..
Thursday, 20 February 2014
Kes pertama aku diugut oleh Pelajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment